NTUC menumpukan sokongan kepada golongan “Stay-At-Home-Mothers”

Patrick Tay dari NTUC telah memberikan satu hujah di Parlimen, menggesa masyarakat dan pemerintah untuk mengiktiraf dan memberikan ganjaran yang lebih kepada golongan suri rumah, atau “Stay-At-Home-Mothers. “

Beliau mula dengan memberikan sedikit later belakang mengenai golongan tersebut:

“Satu golongan yang sering kurang diberi perhatian dan bantuan adalah golongan ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa. Pada 2013, terdapat sekurang-kurangnya 312,000 wanita yang tidak bekerja kerana menjaga anak dan juga menguruskan rumahtangga mereka. Namun, perhatian tentang peranan penting yang dimainkan golongan ini dalam menyokong sesebuah unit keluarga, yang juga kadang kala meliputi rangkaian keluarga yang lebih besar, masih agak berkurangan dari perintah dan juga masyarakat. 

Selanjutnya, berikut adalah 10 isi kandungan dari ucapan beliau:

10. Golongan SAHM tidak seharusnya dilihat sebagai golongan yang tidak produktif dan kurang menyumbang kepada masyarakat.

9. Masyarakat dan pemerintah harus mengiktiraf, memberi ganjaran dan memberi jaminan kepada golongan SAHM.

8. Dasar-dasar perlu disasarkan dikukuhkan agar bantuan dapat diberikan pada tahap-tahap penting sepanjang pembangunan anak-anak mereka.

7. Kita perlu mencari jalan untuk membiayai usaha-usaha pro-keluarga , yang dapat meningkatkan lagi kefahaman serta pengiktirafan nilai ekonomi dan sosial yang ditunjukkan golongan ini.  

6. Kini, masih belum ada subsidi pengangkutan bagi golongan SAHM. Mereka terpaksa membawa anak-anak mereka ketika melakukan pelbagai kerja-kerja rumah untuk keluarga. Subsidi harus disertakan dalam Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan.

5. Dasar-dasar kita harus memastikan yang setiap bantuan danfaedah yang telah dimanfaatkan golongan ibu yang bekerja, juga diberikan kepada ibu yang tinggal di rumah.

4. Pelepasan cukai dan rebat bagi golongan SAHM boleh diperbaiki. Pelepasan bagi Ibu Bekerja dan Anak (WMCR) boleh dilanjutkan kepada golongan SAHM, dan pelepasan ini boleh dikongsi dengan pasangan mereka untuk meringankan beban bagi keluarga berpendapatan tunggal.   

3. Keperluan perubatan pada masa depan harus dipertimbangkan. Ibu-ibu sepenuh masa tidak mempunyai sumbangan CPF dan Medisave yang tetap.Golongan SAHM perlu diberikan tokokan sumbangan pada akaun Medisave dan Akaun Khas mereka.

2. Bagi wanita yang bergantung kepada sumbangan suami untuk sumbangan akaun CPF mereka, pemerintah harus memberikan sumbangan sepadan bagi setiap jumlah yang disalurkan kepada CPF mereka. 

1. Syarikat-syarikat digalakkan untuk menimbangkan dan menawarkan pekerjaan separuh masa dan juga secara bebas bagi golongan SAHM,serta menyokong program-program kembali bekerja bagi golongan ini. Mereka perlu diberikan pelbagai pilihan yang ada untuk membantu menambah pendapatan keluarga mereka.

 

Patrick mengakhiri ucapannya dengan kata-kata ini:

 

“Golongan suri rumah mempunyai kerjaya utama yang unggul. Semua kerjaya lain wujud untuk satu tujuan sahaja – iaitu untuk menyokong kerjaya yang unggul “. Saya ingin memaklumi, mengiktiraf dan menyanjung semua ibu-ibu, terutamanya golongan ibu-ibu yang tinggal di rumah! Terima kasih kerana telah  membesarkan satu generasi rakyat Singapura! “

 

 

Must reads

        »  From rags to riches: Singapore’s success stories
        »  Four more things the EA still needs to address
        »  Rebuttal: Workers at the mercy of corporations
        »  How to kill employee morale
        »  When the heart is right, the politics will follow

 

 

About the author

The Editor

Hello, I am the Editor of FiveStarsAndAMoon :)

View all posts

1 Comment

Share your thoughts!